Wang Leehom
Wang Leehom

Wang Leehom

Wang Leehom (lahir 17 Mei 1976), kadangkala disebut sebagai Leehom Wang, ialah seorang penyanyi-penulis lagu, penerbit rakaman, pelakon dan pengarah Cina-Amerika, yang kini menetap di Taiwan. Beliau pada awalnya dilatih di Eastman School of Music, Williams College dan Berklee College of Music, gaya muziknya dikenali kerana mengetengahkan unsur-unsur Cina (seperti opera Beijing, gaya-gaya tradisional etnik minoriti, orkestra klasik Tionghoa) dengan hip-hop dan R&B. Wang telah aktif sejak 1995 dan menyumbang dalam 25 album. Bwliau juga merupakan pemenang empat kali Golden Melody Awards Taiwan, "Grammy" dari muzik Taiwan. Konsertnya di Sarang Burung Beijing pada 14 April 2012 merupakan konsert pop solo pertamanya yang diadakan di stadium itu.[4]Selain muzik, Wang juga berlakon dalam beberapa filem, termasuk Lust, Caution karya Ang Lee dan filem Jackie Chan Little Big Soldier. Beliau merupakan aktivis alam sekitar, dan albumnya Change Me ditujukan untuk mewujudkan kesedaran alam sekitar kepada masyrakat China. Wang ialah salah seorang pembawa bendera pertama di Sukan Olimpik Musim Panas 2008 Beijing, dan muncul dalam acara penutupan Olimpik di Beijing. Beliau kembali menjadi pembawa bendera di Sukan Olimpik Musim Panas 2012 di London, menjadikannya satu-satunya orang dari dunia pop Mandarin yang mengambil bahagian dalam acara tersebut sebanyak dua kali.[5][6] Beliau merupakan duta besar jangka panjang untuk World Vision Taiwan[7] dan dilantik menjadi duta besar peringatan ke-15 World Vision Malaysia (dari Oktober 2011 sehingga September 2012).[8]Beliau disenarai sebagai salah seorang dari "100 Asia Amerika Paling Menginspirasi Sepanjang Zaman" menurut Goldsea.[9]

Wang Leehom

Lahir (1976-05-17) 17 Mei 1976 (umur 45)
Rochester, New York, A.S.
Jenis suara Tenor
Pekerjaan
  • Penyanyi-penulis lagu
  • pemuzik
  • pengarah
  • pelakon
  • penerbit rakaman
  • penggubah muzik
  • komposer
Asal Taiwan
Jenis muzik
Nama lahir Alexander[1] Leehom Wang
Keturunan Yiwu, Zhejiang, China[2]
Jyutping Wong4 Lik6 Wang4 (Kantonis)
Laman web rasmi www.wangleehom.com
Tahun aktif 1995–kini
Alat muzik
Nama Cina 王力宏
Syarikat rakaman
Mempengaruhi Stevie Wonder, Prince, Alicia Keys, Outkast, Missy Elliott, R. Kelly, The Neptunes[3]
Golden Melody AwardsMTV Asia Awards
Anugerah
Pinyin Wáng Lìhóng (Mandarin)

Rujukan

WikiPedia: Wang Leehom http://www.china.org.cn/video/2012-04/16/content_2... http://www.allacademic.com/meta/p168830_index.html http://news.asiaone.com/News/Latest+News/Showbiz/S... http://www.cnn.com/2006/WORLD/asiapcf/06/16/talkas... http://www.goldsea.com/Personalities/Inspiring/lee... http://www.imdb.com/name/nm0910966/ http://www.imdb.com/name/nm0910966/bio http://www.wangleehom.com/ http://xk.cn.yahoo.com/articles/080324/1/99wc.html http://my.entertainment.yahoo.com/news/leehom-carr...